Hi! ..... It's me Siti

About Me:

Siti Mariam Ahmad
email: sheemiy@hotmail.com
MSN : Siti_Baik
YM : Sumaiyah77

saya ni jenis yg sempoi je....so


Let's BoRaK-BoRaK

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Blog Kengkawan:>:
::AdHa::
::Klinik Penal Anda::
::Album Kenangan::

Dengarkan :: Berkorban Demi Cinta

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, October 10, 2005
::Indahnya mencintai Al-Quran::


KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

 Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman :

Ertinya :
“Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)


Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.

Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.

Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.

Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah

Maka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

 

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT 

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

 

@laman Naeim


Posted at 11:11 pm by siti77
Make a comment  

Monday, May 16, 2005
::Tanda-tanda Kesayangan Allah::


" Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. "

Diriwayatkana oleh al-Hakim dari Abi Hurairah

TUJUANNYA

Kaya dan miskin sentiasa menjadi persoalan pokok dalam hidup manusia di dunia ini. Yang miskin ingin jadi kaya dan yang kaya ingin jadi lebih kaya lagi. Namun begitu keinginan untuk jadi kaya bukanlah merupakan satu dosa di sisi Allah, demikian juga keinginan menjadi lebih kaya. Tetapi yang sering menghilangkan pertimbangan manusia yang wajar dan yang sering menjadikan manusia lupakan daratan ialah perasaan tamak yang tidak mengenal batasnya, perasaan merasa tidak cukup yang tidak tahu sempadan.

Dalam hadis ini Allah mendedahkan dua sifat pokok yang membezakan di antara orang yang disayangi Allah dengan orang yang dibenci Allah. Sifat yang disayangi Allah ialah sifat memada dan sederhana. Setiap orang yang dapat menikmati sifat itu akan merasa dirinya benar-benar kaya dan merdeka. Ia tidak diburu oleh merasa kebimbangan yang bukan-bukan, tidak dirasuk oleh ketamakan-ketamakan yang boleh memesongkan jalan hidupnya yang baik, sementara sifat orang yang dibenci Allah ialah orang yang sentiasa merasa dirinya diancam kemiskinan, ia begitu takut jatuh papa dan miskin, begitu panik dengan kemerosotan kekayaannya walaupun kekayaan yang wujud dalam miliknya masih kukuh dan masih tidak seburuk orang lain.

Penyakit takut miskin atau 'miskin fobia' merupakan penyakit zaman moden yang amat ditakuti sekali, kerana itu sebilangan besar orang ramai melindungi dirinya dan anak buahnya dengan berbagai-bagai insuran dan menyapu dari jiwa mereka sebarang perasaan menyerah dan bertawakal kepada Allah yang menjadi sifat utama para Mukminin dan tidak kurang pula menjadi petualang-petualang yang bersedia untuk merompak apa sahaja peluang yang dapat membebaskan mereka dari ketakutan menjadi miskin. Dan penyakit inilah juga yang menjadikan mereka manusia-manusia bakhil yang hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit mereka, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.

Dalam surat Al-Isra' ayat (100) Allah memberi satu sindiran tajam kepada manusia yang dikongkongi penyakit'miskin fobia'

" Katakanlah wahai Muhammad kalau kiranya kamu (wahai manusia) menguasai perbendaharaan-perbendaharaan nikmat Tuhanku tentulah kamu tahankan perbendaharaan itu kerana takut membelanjakannya, sesungguhnya manusia itu amat bakhil. "

  

 

@laman naeim

 


Posted at 11:47 pm by siti77
Make a comment  

:: Anugerah Tuhan yang patut dihargai ::

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum menemui insan yang betul
supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya
kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu
yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda
boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar
yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya
akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda
tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan
tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup
untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup
untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya
membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda
supaya
apabila anda mati nanti, andalah yang akan
tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,
tanda peringatan anda pada mereka....


 

cetak rompak dari blog Ayah Su::
macam best...pinjam ek::

 


Posted at 11:33 pm by siti77
Make a comment  

Thursday, May 05, 2005
::Laguku Untukmu::

Bisikan Nurani

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu 
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih

Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

 Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi
Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini


Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Posted at 12:01 am by siti77
Make a comment  

Friday, April 15, 2005
::Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita::

Senang Bukan Syarat Tenang 

Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintudepan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. SEbab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

Adaptasi dr majalah OK - Abu Nawe

@ laman Naeim


Posted at 10:57 pm by siti77
Make a comment  

Thursday, April 14, 2005
Sekadar Renungan

CINTA Vs SUKA

 

 

Di hadapan orang yang kita cinta,

hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,

hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,

musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,

kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,

kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,

lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,

lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,

kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,

kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,

kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,

kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…

 

Kasih sayang-Mu Tuhan,

Itu yg kudambakan...

Dgn rahmat-Mu,

Ampunilah dosaku...

 

 


Posted at 11:16 pm by siti77
Make a comment  

Tuesday, March 15, 2005
Esok....nak Turun KOMTAR sape nak ikut?


Hemmm penatnya hari ni.....actually x de la buat keje apa2 pun....tapi 2...3 hari ni x berapa sihat...rasa semacam je....nak demam x demam...kalau nak demam biar la demam betul2 baaru aku cepat baik......tp aku rasa sebab cuaca la....kalau dok kat dlm rumah tu kira ok la lagi tp....kalau kat luar, nak bukak mata pun x boleh...hehheheh mcm puteri lilin la pulak....
Panas tetap panas tp tugasan kena disiapkan jugak.....esok dlm x larat2 ni pun aku terpaksa gagahi juga diri....pegi hantar borang kat Majlis Perbandaran Pulau Pinang.....aku dah x berapa percaya kat sistem pos.....sbb kebanyakan borang yg aku apply keje x de pun yg return back kat permohonan anda sedang di proses....cam hampeh je kan....penat satu hal, buang duit, buang masa,....mcm2 lagi la yg terbuang....
So...esok pepagi x berapa buta...aku nak gi pejabat MPPP kat KOMTAR....nak gi hantar sendiri....sape nak ikut??????????? Mula tu planning nak bawak kete ikut jambatan....tp memandangkan dah lama x naik feri.....nak merasa angin laut la pulak esok.....lagi pun kalau kebetulan dpt naik bas free....kat island kite ada pengangkutan percuma....bukan je utk pekerja2 kerajaan....malahan orang ramai pun boleh tumpang sekaki.....tp bas ni sampai KOMTAR je la.
Belum pegi lagi dah pasang angan2....ak...aaa...bukan nak gi shooping tau, sbb aku ni x suka shooping...kecuali la kalau ada benda penting aku nak beli....kalau x...x payah la. sebenarnya nak jumpa member serumah sewa masa studi dulu.....walau pun duduk satu negeri tapi lautan memisahkan kami.....hehehhehehe....macam le jauh sangat.
k la...esok kalau sempat aku citer kat korang apa jadi kat sana ek..... ok....ASSALAMUALAIKUM....


Posted at 02:51 pm by siti77
Make a comment  

Sunday, March 13, 2005
Makna Hadiah


Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/kawan anda mempunyai maksud yang tersirat... betul ke?


JAM TANGAN.........Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN.............Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG.............Tanda mesra
RANTAI LEHER.......Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG.............Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT..............Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN.......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG.............Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI.......Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU............... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA...............Tanda perkenalan/sayang.
SEJADAH DAN ALQURAN.........tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

PssssTT...heheeheehehe...Satu lagi.... zaman mellinieum.... adiah handphone... tandanya.... kau jangan lari dari ku.......aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup....hehehe



Posted at 12:27 pm by siti77
Make a comment  

Try la....betul ke? saya pun lom cuba

Your date describes you!
Dear friends. Below, is an Italian horoscope and
you can find a lot about youself just by
searching your own identity in the Italian way.

What you have to do is to find your group with
the help of your date of birth.

Date of Birth Group

01,06,11,16,21,26,31                 A1
02,07,12,17,22,27                      B2
03,08,13,18,23,28                      C3
04,09,14,19,24,29                      D4
05,10,15,20,25,30                      E5


Group A1 You consider love as the most beautiful
thing and you love to fall in love, but a number
of your group members think that the person they
love is not sincere with them. You love to be
with your friends and you are always found to be
a dutiful friend. You can hardly control your
patients, which is a very big drawback of your
nature.
The Person who is ruling your mind & heart these
days is perfect for you.


Group B2 Your dreams and ambitions are much
important for you and you can do everything to
fulfill your dreams. Love is much valuable in
your life but you always search for someone
perfect. You hardly trust someone. Your friends
are really important for you but normally you
hide a lot from them. You are a deep thinker you
always study the negative view as well as
positive.
You can lead a happy life with a person for whom
you care a lot these days.


Group C3 You always prefer mantel decisions more
then emotional ones due to this you don't have a
limited number of friends. You consider life a
very beautiful gift and you love to enjoy its
colors. There are a number of peoples who are
your ideals and you loved to spend a big part of
your time with them. You are found t! o be a very
sincere lover. You have a perfect control on your
emotions but sometimes your decisions really
effect your beloveds.
The person who has just appeared in your mind and
you has decided to forward this mail especially
to him/her is your real and special friend.


Group D4 Your always have goals to achieve and
you can do everything to fulfill the dreams of
those who loves you. You have a sketch of an
ideal in your mind and you always search for that
personality. Your friends means a lot to you and
you can do everything for the sake of your
friend, you a normally found to be an emotional
personality. You have a very less control on your
patients and due to this sometimes you over
react.
The one who sent you this mail & the one to whom
you will send this mail first are your real
friends.


Group E5 You are found to be a person who loves
to love. You prefer emotional decision more then
mantel decisions. You consider life just to
enjoy; you are the one who is perfect to call
FLURTIES. You love to increase the list of your
friends and beloved???s.
You have a number of dreams but you never work
hard to make your dreams come true which is the
biggest drawback in your nature you take
everything much lightly.


Posted at 11:35 am by siti77
Make a comment  

Wednesday, March 09, 2005
Nak gi Meeting tp x jadi....


Bersua Kembali.....

Hemmm x sangka pulak....dah seminggu aku x de nyonteng apa2 kat sini....bz sket la sbb dah ada hobi baru....berkebun, boleh tahan jugak la pokok2 yg aku tanam....sempena menyahut seruan Pak Lah di Majlis pelancaran hari Lanskap Sedunia.....

Disebabkan x jadi gi meting semalam....aku pun apa lagi...memanjangkan langkah....ke ofis membe aku ler....lepak sana...hanya dia je best friend yang aku ada....dari darjah satu sampai sekarang....kitorang mmg selalu share problem together.....kengkadang aku lom citer lagi dia dah tau...mmg x leh nak tipu la.... yg lelain tu ada jugak yang ngaku member tapi...time senang je...ckp je boleh faham .... tp hakikatnya x pernah nak memahami.

Posted at 01:05 pm by siti77
Make a comment  

Next Page