Entry: :: Anugerah Tuhan yang patut dihargai :: Monday, May 16, 2005
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum menemui insan yang betul
supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya
kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu
yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda
boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar
yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya
akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda
tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan
tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup
untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup
untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya
membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda
supaya
apabila anda mati nanti, andalah yang akan
tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.
Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,
tanda peringatan anda pada mereka....
cetak rompak dari blog Ayah Su::
macam best...pinjam ek::